blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Najib Jangan Politikkan Sukan Berbasikal

Dato' Seri Najib Razak yang dikenali dunia sebagai Najib 1MDB hari ini  mempolitikkan sukan berbasikal semata-mata demi survival politik beliau.

Memang diakui beliau sedang berhadapan dengan pertuduhan dan perbicaraan di mahkamah bersabit kes melibatkan penyelewengan wang rakyat bernilai berbilion Ringgit Malaysia.

Kes 1MDB ini dikatakan 'The Biggest Heist in The World' atau dalam bahasa Melayunya bermaksud Penipuan Paling Besar Dalam Dunia sebagaimana dalam 1 dokumentari Al Jazera seperti berikut :

https://m.youtube.com/watch?v=FeIDiYbQaHs

Sukan basikal adalah sukan kedua terpopular di Malaysia sepanjang 5 tahun terakhir ini selepas sukan bolasepak.

Walaupun kedua-dua sukan ini ada persamaan memberikan kebaikan dari sudut kesihatan. Namun, bolasepak merupakan sukan jenis kontak diantara pemain. Jadi, ia mempunyai risiko tinggi kepada pemain khususnya di zaman pendemik COVID19 ini.

Manakala, sukan berbasikal pula adalah jenis sukan yang tidak ada kontak diantara para pengayuh.

Justeru, sukan berbasikal dikategorikan sebagai sukan yang berisiko rendah berbanding bolasepak.

Oleh sebab itu, program kayuhan yang dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin baru-baru ini mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Walaubagaimana pun, Najib 1MDB menggunakan isu tersebut untuk meraih 'like' di 'page' facebook'nya hari ini.
Najib 1MDB tampak begitu lelah sejak kes berkaitan 1MDB disambung semula beberapa minggu lalu. 

Justeru, saya percaya beliau terpaksa menggunakan pelbagai helah demi menutup mata dan telinga masyarakat terhadap kes 1MDB yang dihadapinya dengan menghalakan serangan isu lain kepada orang lain.

Bagi saya orang seperti beliau sanggup berbuat apa sahaja bukan sekadar menyelamatkan hayat politiknya. Malah, ia turut melibatkan kelangsungan hidupnya.

Najib 1MDB juga sudah dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kesalahan menyeleweng RM42 juta wang SRC International Sdn Bhd pada Julai 2020 lalu sedang melalui pelbagai lagi kes di mahkamah.


Najib 1MDB juga dipercayai menggunakan kaedah menyerang ini di media sosial kerana ingin mendapatkan "enggagement" yang tinggi di laman seperti Facebook.

Dan 'enggagement' ini dipercayai secara tidak langsung membuatkan ramai pembaca melupakan (atau bahasa yang tepat menyucikan dosa dan pengkhianatan) Najib 1MDB terhadap negara selama ini.

Justeru, sebagai salah seorang entusias (peminat) sukan berbasikal saya berharap agar Najib 1MDB janganlah mempolitikkan sukan berbasika. 

Lebih baiklah beliau menumpukan kes-kes yang beliau dan keluarga beliau lalui akibat kerakusan dan ketamakan mereka semasa berkuasa dahulu.




No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019